Info Batik

Terdapat pelbagai material kain yang dilukis batik,antaranya:
1. SUTERA SATIN : Jenis kain adalah lebih lembut, licin dan tebal serta amat cantik jika dipakai kerana kurang berkedut. Harganya juga lebih mahal berbanding material kain yang lain.
2. SUTERA CREPE : Kain ini mempunyai tekstur fabrik seakan sutera chiffon tetapi tidak jarang dan tidak memerlukan lining untuk membuat baju. Kain ini agak mahal sedikit berbanding sutera jacquard kerana kualitinya yang baik, lembut, lebin tebal dan sejuk apabila dipakai.
3. SUTERA JACQUARD : Kain jacquard adalah dari jenis kain sutera yang lembut dan licin. Kebiasaannya, produk batik sutera menggunakan kain dari jenis ini kerana ianya sangat berkualiti, selesa dan sejuk apabila dipakai.
4. SUTERA CHIFFON : Tekstur fabrik ini agak kasar sedikit tetapi lembut dan kainnya nipis dan jarang memerlukan lining untuk membuat baju di bahagian dalam.
5. SUTERA RAYON : Tekstur fabrik ini seakan sutera jacquard tetapi ianya sedikit kasar dan mudah merenyuk tetapi tahan lasak. Harga kain ini juga lebih menjimatkan setanding dengan kualitinya.
6. SUTERA FUJI : Kain jenis ini biasanya sesuai untuk pakaian santai dan tekstur fabrik ini adalah seperti jacquard tetapi sedikit kasar namun ianya tetap lembut dan sejuk apabila dipakai.

CORAK & WARNA:
Corak batik yang dihasilkan melalui proses cantingan (batik lukis) adalah lebih mahal berbanding batik yang dihasilkan melalui cop acuan (batik cop).

Batik cop biasanya boleh menghasilkan batik bercorak sama dalam kuantiti yang banyak kerana ianya menggunakan acuan (blok), manakala batik lukis pula memerlukan ketelitian dan kesabaran serta kreativiti menghasilkan corak yang unik kerana ia memerlukan kepakaran dalam proses mencanting dan mewarna.
Keunikan sesuatu batik lukis itu bergantung kepada jenis kain, coraknya yang unik serta cara pewarnaan batik tersebut.

Sekiranya batik tersebut menggunakan lebih lapisan warna dan mempunyai corak design yang lebih unik, maka ianya akan lebih eksklusif serta mempunyai nilai harga yang lebih tinggi. Tambahan pula corak dan warna tersebut adalah tunggal dan tidak sama dengan yang lain.

TERBARU
Batik akan lebih menonjol dan menarik jika sekiranya diletakkan batu Swarovski di sekeliling bunga atau corak abstrak pada kain.Peruntukkan sedikit bajet untuk batu Swarovski agar kelihatan menarik,ekslusif dan elegan.
Penampilan anda akan lebih menarik serta lebih ceria.Sesuai untuk ke majlis dan juga ke pejabat.

TIPS PENJAGAAN BATIK:
JANGAN sesekali menggunakan mesin basuh untuk membasuh batik sutera anda. Memadai jika hanya merendam batik sutera anda dengan menggunakan pelembut fabrik sahaja.
JANGAN rendam menggunakan peluntur.
ELAK menjemur di bawah sinar matahari yang terik.
ELAK dari melipat baju sutera anda bagi tujuan menyimpan kerana ianya akan meninggalkan garisan yang sukar digosok.

About admin

Tudung ONLINE No.1 2013.
This entry was posted in batik. Bookmark the permalink.

2 Responses to Info Batik

  1. singgih27 says:

    sip!
    jadi gak ketipu nih kalo udah baca artikelnya
    jadi tahu mana kain yang bagus dan tidak,
    oya,
    ada media baru lo buat batik.
    jadi membatik bisa di lakukan di media kantong semen

  2. asmizan says:

    Pak Singgih,tq for your comments……appreciate that!!!!
    apa maksudnya kantong semen????kurang ngerti gitu….please explain,tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s